Rakaman wajah menerusi kamera litar tertutup (CCTV) membawa kepada intipan dan penangkapan dua lelaki yang aktif memeras ugut serta menyimbat cat melalui sindiket along siber.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar jam 6.30 petang pada Ahad.